Wednesday 27 July 2016

Tempat Makan Nasi Arab Sedap dan Murah Di Bangi


.
Tempat Makan Nasi Arab Sedap dan Murah Di Bangi
Hari ini kami ingin kongsikan tempat makan nasi arab sedap dan murah. Selalunya kalau sebut pasal nasi arab, tentunya terlintas harga yang mahal untuk anda. Lebih-lebih lagi yang mempunyai gaji yang tidak tinggi. Budget perlu dijaga, tetapi perut perlu dikenyangkan juga. Jadi ada kedai yang boleh disyorkan?
Kami ingin kongskian tentang Nasi Arab di D’ArabCafe. Kedai ini terletaknya di medan makan UNITEN iaitu berdekatan dengan tol Kajang-Bangi. Biasanya kedai ini dikenali sebagai Nasi Arab Uniten. Lagi senang dan memudahlan berdasarkan lokasi. Kalau sebut D’Arab Cafe,  memang jarang orang tahu namanya.

D’Arab Cafe Uniten

Medan Makan Uniten
Apa yang patut dicuba disini?
Jika anda peminat ayam, terdapat pelbagai masakan ayam di sini. Semua besar-besar sahaja. Boleh makan untuk 2 orang untuk yang perempuan.
Jenis ayam:
  • Grilled Chicken
  • Roasted Chicken
  • Kabsah Chicken
Hadapan kedai
Set Nasi Arab Roasted
Set menu
Pandangan dekat
Harga menu jika anda perhatikan adalah sekitar Rm5-15. Secara jujurnya adalah harga yang murah dengan bahagian makanan yang besar. Boleh sahaja makan untuk 2 orang. Tempat makan di sini pun selesa dan tidak sesak, sebabnya medan makan ini luas sahaja.
Review kami?
  • Kesedapan? Kami berikan 8.5
  • Suasana? Kami berikan 8/10. Suasanan yang tenang dan selesa. Boleh sahaja bawa ahli keluarga yang ramai. Anak bising juga tidak mengapa.
  • Harga? Murah
Kredit gambar : Foursquare

0 comments:

Post a Comment