Monday 18 July 2016

APM Akademi Percukaian Malaysia


.
Akademi Percukaian Malaysia (APM) yang mula beroperasi pada bulan September 1994, ialah institusi latihan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Ianya terletak di sebuah tapak seluas 36.8 ekar (kira-kira 15 hektar) di Bandar Baru Bangi, Selangor, iaitu lebih kurang 35 km dari ibukota Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Utara-Selatan.

Fungsi Utama
APM berfungsi sebagai sebuah akademi latihan kepada LHDNM untuk merancang dan melaksanakan program latihan bagi melahirkan pegawai LHDNM yang cekap dan berkualiti.

Objektif
  • Melatih pegawai LHDNM dalam bidang percukaian dan pengurusan supaya dapat menjalankan tugas secara profesional;
  • Memperkukuhkan pengetahuan serta kepakaran pegawai LHDNM bagi memenuhi kehendak sistem percukaian yang dinamik; dan
  • Meluaskan perspektif serta pengetahuan pegawai LHDNM melalui latihan bersama individu serta organisasi di dalam dan luar Negara.

Untuk maklumat lanjut berkenaan APM, sila hubungi:
Pengarah,
Akademi Percukaian Malaysia,
Persiaran Wawasan,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor,
Malaysia.
Telefon: +603-89243600/+603-89245800
Faks: +603-89257299 / +603-89257005
.

0 comments:

Post a Comment